Sidang media Piala FA 2022.


Hanya tinggal dua bulan sahaja lagi saingan Piala FA 2022 akan bermula.


Patang tadi diadakan sidang media yang bertempat bangunan FABD. Pengurusi Jawatankuasa Tetap Pertandingan FABD, Morni bin Hj Zakaria menjelaskan bahawa 25 buah sudah mengesahkan akan menyertai Kejohanan Piala FA 2022.


15 buah pasukan dari Liga Super 2021, empat pasukan dari Liga Daerah Belait, lima pasukan dari Liga Daerah Tutong dan satu pasukan dari Daerah Temburong. Manakala tujuh pasukan dari Liga Daerah Brunei dan Muara masih belum diketahui lagi.


Jelasnya lagi, memandangkan Daerah Belait cuma menghantar empat buah pasukan sahaja, 1 kekosongan kouta diberikan kepada Daerah Brunei dan Muara.


Juara Piala FA 2022 akan merima hadiah $10,000 dan naib juara akan menerima $7,000. Dan juara juga akan mewakili Negara pada pertandingan Piala Kelab AFF akan datang.


Turut serta dalam sidang media ialah Nasruddin bin Roslan, Ketua Pertandingan FABD dan Waqiuddin bin Razak, Media dan Perhubungan FABD.


Kipidap


#bruneiyakin 

#bruneibula

Comments