Rombongan bawah 19 tahun bertolak ke Indonesia.


Pasukan Negara Bawah 19 Tahun berangkat ke Indonesia bagi hadapi saingan Piala AFF Bawah 19 Tahun 2022.


Tadi tengahari rombongan skuad 19 tahun Negara bertolak dari Lapangan Antarabangsa Brunei menuju ke Indonesia. Pasukan muda Negara diketuai oleh Mohd Nazib Hj Ali selaku Pengurus Pasukan dan dibantu oleh Bujang Hj Japar sebagai Penolong Pengurus Pasukan. Dan Faisalani Ghani mengetuai barisan kerujulatihan Negara.


Ucap selamat berangkat dilapangan terbang ialah Timbalan Presiden FABD, Hj Salleh Bostaman dan Setiausaha Agung FABD Mohammad Shanon Hj Mohd Salleh.


Untuk Kejohanan kali ani, Negara Brunei Darussalam didalam kumpulan A bersama dengan tuan rumah Indonesia, Myanmar, Vietnam, Thailand dan Filipina.


Pasukan 19 tahun telah membuat persiapan kejohanan dari awal bulan Febuari yang lalu dan telah mengadakan bebarapa perlawanan persahabatan bersama pasukan-pasukan tempatan.


Semoga maju jaya. Kipidap


#bruneiyakin 

#bruneibula

Comments