Persiapan terkini pasukan Belia Bawah 19 Tahun.



Pasukan bawah 19 Tahun Negara sedang membuat persiapan penuh untuk Kejohanan-kejohanan yang akan disertai. Kejohanan Itu ialah Piala Belia AFF Bawah 19 Tahun yang akan berlangsung di Indonesia pada 2 hingga 15 Julai 2022 dan Kelayakan Piala AFC Bawah 19 Tahun pada September dan Republik Kyrgyztan sebagai tuan rumah peringkat kumpulan.


Persiapan dan pemilihan pemain bermula pada bulan Febuari lalu, yang mana bagi fasa pertama seramai 60 orang pemain belia dari perbagai kelab dan pasukan dari kesemua daerah di panggil untuk sesi pemilihan. Seterusnya dikurangkan kepada 40 orang pemain pada fasa kedua dan bagi fasa ketiga, seramai 30 orang pemain dipilih untuk mewakili Negara.


Penilaian pemain dipilih berdasarkan dari fizikal dan tahap kecergasan didalam latihan yang telah di buat khas oleh para jurulatih-jurulatih yang berlesen di bawah naungan Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam.


Didalam sepanjang latihan pasukan Bawah 19 Tahun, beberapa perlawanan persahabatan telah diadakan dengan pasukan tempatan. Pada awalnya Pasukan Bawah 19 Tahun tewas 4-0 kepada pasukan Senior Negara, menentang Kasuka FC dengan bolos tiga berbalas kosong, menang bertemu pasukan Bawah 16 Tahun Negara serta jaringan empat berbalas satu. Seri dua sama dengan pasukan Liga Super 2021 MS PDB, menang besar 8-0 dengan pasukan Piala FA 2022 TDAFA Bawah 20 tahun. 


Minggu lepas bertemu dengan Indera SC dengan kemenangan 4-2, selepas itu berjumpa dengan Kota Ranger FC berkeputusan menang 4-1, dan perlawanan akhir persahabatan pada sabtu ani dengan Wijaya FC. 


Semoga dengan persiapan penuh, perlawanan persahabatan yang telah diadakan, pasukan Belia Bawah 19 Tahun Negara bersiap sedia untuk menghadapi pasukan belia Negara luar. Semoga maju jaya.


Kipidap


#bruneiyakin

#bruneibula

Comments