Persatuan bolasepak Negara akan menyertai kejohanan diluar Negara.


FABD akan menyertai Garuda Cup International II.


Ani adalah julung kalinya FABD menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh Negara jiran Indonesia. Pertandingan ani akan berlangsung pada 30 jun hingga 3 julai akan datang. Dan ianya akan berlangsung di ASIOP Training Ground, Sentul Indonesia.


Kejohanan disertai oleh pelbagai Akademi, Persatuan dan Kelab dari lima buah Negara. Selain pasukan dari Brunei Darussalam, Persatuan, Kelab dan Akademi dari Indonesia, Malaysia, Filipina dan juga Singapura.


Dua ketegori pertandingan akan berlangsung, iaitu umur bawah 12 tahun dan 17 tahun. Belum dipastikan lagi ketegori mana pasukan FABD akan menyertainya. Tetapi laman sosial rasmi kejohanan telah mengesahkan yang persatuan kebangsaan Negara itu akan menyertainya di akaun @garudacup.id 


Jika pasukan dari umur 16 tahun Negara menyertainya, ia adalah satu pendedahan yang positif dan ia akan menjadi persiapan pasukan Bawah 16 Tahun Negara bagi menghadapi Kejohanan Piala AFF Bawah 16 tahun yang akan berlangsung ogos dan Kelayakan Piala AFC bawah 17 Tahun yang dijadualkan pada bulan Oktober tahun ani.


Semoga pendedahan dan pengalaman pertandingan ani akan dimanafaatkan untuk menghadapi Kejohanan besar yang akan disertai nanti. Kipidap.


#bruneiyakin

#bruneibula

Comments