Pasukan bolasepak Negara berlepas ke Laos bagi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Laos. Pasukan Negara menerima perlawanan persahabatan jemputan Laos bagi hari FIFA yang akan dijadualkan pada 27hb Mac nanti.
Pasukan Negara bertolak dari Lapangan Antarabangsa Brunei pada tengahari tadi dan singgah di Lapangan Antarabangsa Changi, Singapura sebelum berlepas terus ke Laos.
Kontinjen Negara diketuai oleh Pg Hj Mohd Waslimin selaku Pengurus Pasukan sambil dibantu oleh Ah Chua Bangau sebagai Penolong Pengurus Pasukan. Antara barisan kejurulatihan yang terlibat adalah Hj Mohd Rosnan Samak dan Muhammad Ali Mustafa.
Barisan pemain yang mewakili Negara terdiri daripada pemain senior serta beberapa pemain muda yang mewakili Negara pada Kejohanan Piala AFF Bawah 23 Tahun yang lalu.
Perlawanan persahabatan akan berlangsung di Stadium Kebangsaan Laos.
Kipidap.
#bruneiyakin #bruneibula
📷 @bruneifootball
Comments
Post a Comment