Apa yang perlu kitani buat sebagai peminat dan rakyat Brunei dengan keputusan semalam?


Memang akui kitani sedih dan hampa malah ada yang marah dengan keputusan dimalam. Tapi adakah ia akan memberi kesan positif kepada pemain serta pegawai pasukan yang berada disana? Lebih-lebih lagi tuan punya badan membaca serta mendengar kemarahan kitani.

Ada yang menjangka sebelum perlawanan lagi pasukan kitani akan kalah, kenapa perlu negatif sebelum perlawanan? Bukan sahaja menjangkakan keputusan perlawanan, malah sebelum kejohanan sudah ada yang negatif dengan persiapan, pemilihan malah persatuan juga terkana tempiasnya. Adakah dengan negatif akan memajukan bolasepak kitani?

Buat masa ani, kitani fokus dahulu dengan kejohanan ani. Apa yang perlu kitani buat adalah dengan memberi kata positif, kata-kata semangat kepada bidurang yang bermain, berlatih demi nama Negara Brunei Darussalam yang dipakai pada baju mereka setiap latihan dan perlawanan. Ani akan memberi sedikit sebanyak suntikan semangat untuk mereka menghadapi baki dua perlawanan akan datang.

Akui pasukan Negeri lain mempunyai banyak kelebihan dari segi latihan dan persiapan sebelum kejohanan. Mereka membuat latihan penuh, perlawanan persahabatan. Tapi berbeza dengan situasi kitani masa ani. Ani sedikit sebanyak mencacatkan persiapan. Ada yang kata 'udah kalah, tantu inda payah ikut', tapi apabila kitani inda menyertai nya contoh semasa Piala AFF Suzuki disember lepas, 'bagi malu kitani inda ikut', 'makin mundur' Apa mahu kitani? Orang Brunei semuanya bersatu, cuma apabila kemarahan terjadi, kadang-kadang akan terjadi diluar kawalan.

Apa perlu kitani buat? Sekurang-kurang nya bagilah teguran membina, kalau mainan salah, berilah tunjuk ajar yang lurus. Sama-sama kitani sokong pasukan Negara seperti kitani membantu memarangi Covid-19. Semua mahu keputusan yang positif.

Kipidap orang Brunei.

#bruneiyakin #bruneibula

Comments