Dalam laman sosial FABD serta bebarapa buah kelab kitani ada memberitahu tentang persiapan pasukan Negara serta bebarapa pemain dari pasukan telahpun terpilih untuk mewakili Negara dalam kejohanan yang akan datang.
Seperti maklum bagi pasukan Bawah 23 Tahun sudah pun menjalani latihan panuh untuk kejohanan pertengahan bulan ani. Latihan bermula secara individu dari ogos tahun lapas dan januari lalu latihan berkumpulan.
Manakala sekarang pasukan Bawah 16 Tahun telahpun bermula latihan dalam persiapan hujung julai hingga ogos nanti. Hazmin Hatta bin Hj Hamzah telah dilantik selaku ketua jurulatih pasukan muda 16 tahun.
Bagi perkembangan pasukan Futsal dan pasukan Bawah 19 Tahun pula, bebarapa pemain dari pasukan Liga Futsal 2021 serta pasukan Liga Belia Bawah 18 Tahun telah dipanggil bagi sesi pemilihan awal.
Apa yang dapat kitani lihat masani, pasukan Negara telah mengambil serius akan kejohanan-kejohanan yang akan disertai melalui membuat persiapan awal berbulan-bulan sebelum kejohanan. Kesempatan ani jua digunakan ketika aktiviti Liga Kebangsaan belum bermula. Semoga kitani mendapat hasil yang terbaik dalam kejohanan-kejohanan yang akan disertai.
Kipidap.
#bruneiyakin #bruneibula
siapakah barisan pemain-pemain disetiap pasukan yang menjalani latihan pada masa ini? siapakah ketua jurulatih kebangsaan yang menggantikan Dato K. Rajagopal?
ReplyDeleteAlangkah bagusnya kalau ada profil setiap pemain-pemain nasional, supaya rakyat tahu dan kenal akan pemain-pemain tersebut. gambar, nama, no. jersey, kelab, dan sedikit kata-kata/nota daripada pemain-pemain.