Perkembangan terkini pemain Negara yang positif Covid-19.


Terkini melalui kenyataan rasmi FABD hari ini mengesahkan dua orang pemain muda disahkan sembuh dan bebas dari Covid-19 melalui ujian PCR. Dan mereka telah keluar dari Pusat Penjagaan Covid-19 dan ditempatkan hotel penginapan.

Ini bermakna, hanya seorang sahaja masih aktif Covid-19, dan didoakan pemain tersebut sembuh dan sihat dari penyakit berjangkit tersebut. Manakala pemain lain serta pegawai pasukan alhamdulillah bebas dari Covid-19 selepas melakukan ujian ART.

Kontinjen pasukan Negara di Kemboja didalam kawalan yang ketat dengan bantuan dari pihak penganjur, doktor pasukan berserta Kedutaan Negara di Kemboja.

Manakala esuk pasukan Negara dijadualkan akan mendarat kembali di tanah air dan seterusnya akan menjalankan pengasingan. Semoga selamat sampai dan dipermudahkan semua urusan.

Semoga cepat sembuh dan terima kasih pasukan muda Negara.

Kipidap.

📷 FABD

#bruneiyakin #bruneibula

Comments