Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh FABD bertarikh 17hb Febuari 2022, 2 orang pemain muda disahkan positif Covid-19. Kes pertama sudah dibawa ke Pusat Penjagaan Covid-19 di Kemboja, manakala kes kedua disahkan melalui PCR akan dibawa pada esok hari. Dan tiada dinyatakan siapa pemain tersebut.
Pemain yang lain serta pegawai pasukan disahkan negatif selepas melalui ujian ART. Kontinjen Negara sentiasa menjaga SOP sepanjang berada di Negara Kemboja. Dan sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga serta pergerakan adalah terhad ketika berada di hotel, ruang makan, pusat latihan dan venue perlawanan.
Apa yang kita harap dan doakan semoga mereka cepat sembuh dan selamat kembali ke tanah air berserta rakan-rakan yang lain. Bukan sahaja mereka, malah kitani yang berada di Negara Brunei Darussalam sama-sama mendoakan penduduk serta rakyat Brunei cepat sembuh dan bebas dari Covid-19.
Hari ani kes tempatan meningkat dan tertinggi iaitu 2015 kes positif. Mari kita menjaga SOP, bantu pihak Kesihatan untuk melawan Covid-19 dan kitani boleh berjaya lagi untuk menjadikan Negara bebas Covid-19. #bersamamelindungi
Jaga kesihatan, jaga bersama. Kipidap Bruneiku
#bruneibula #bruneiyakin
Comments
Post a Comment