Dalam kenyataan rasmi media FABD, persatuan bolasepak Negara bercadang untuk menyertai 5 Kejohanan anjuran Persatuan Bolasepak Asean (AFF). 5 Kejohanan atu adalah Piala AFF Bawah 23 Tahun, Piala Futsal AFF, Piala AFF Bawah 16 Tahun, Piala AFF Bawah 19 Tahun dan Piala Kelab Futsal AFF.
Cadangan untuk menyertainya adalah tertakluk kepada penilaian dan kelulusan pihak Kerajaan Negara jika ianya selamat untuk menyertainya, memandangkan situasi Covid-19 yang masih berleluasa dan varian Omicron yang bergiat aktif di seluruh dunia.
Berharap pasukan Negara dapat menyertainya kerana semanjak gelombang kedua masa ogos lalu, aktiviti bolasepak terhenti dan sepi. Dengan penyertaan ani, ianya akan kembalikan semangat bolasepak Negara untuk aktif semula.
Tapi bukan mudah, keselamatan dan kesihatan pemain serta pengurusan adalah lebih penting jua. Berharap Pasukan dan penganjur akan mematuhi peraturan dan SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan kitani dan Kerajaan negara penganjur.
Semoga ada berita gembira untuk kitani. Kipidap⚽⚽⚽
#bruneiyakin #bruneibula
Comments
Post a Comment