Akar umbi part 5: Pembangunan terkini grassroot, akademi dan skim bolasepak.
Sebelum terjadinya gelombang kedua Covid-19 di Negara kitani ogos lalu, aktiviti bola sangat rancak selain dari Liga Kebangsaan dan Liga Daerah dan Liga lainnya. Inda ketinggalan jua penubuhan grassroot Dato Mohd Yassin Grassroot Football Club dan Sambutan Hari Akar Umbi AFC 2021.
Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin Mentiri membuat langkah yang positif dalam membangunkan bolasepak Negara. Dengan penubuhan Dato Mohd Yassin Grassroot Football Team julai lalu, semua berharap dapat melahirkan pemain yang berkualiti. Walaupun mengambil masa, tapi secara konsisten pemain akan lahir dari semasa ke semasa.
Apa yang dapat tani lihat, dengan permulaan penubuhan dari peringkat sekolah rendah sama langkah apa yang Dato Mohd Yassin Grassroot FT buat, kitani pun mahu sekolah-sekolah yang lain jua menubuhkan akar umbinya sendiri.
Ani akan memberi impak yang sangat positif kalau semua sekolah rendah ada akar umbi sendiri, ditambah lagi kelab dan pasukan jua ada akar umbi, meriah bolasepak di Negara kitani. Selain lahirnya pemain baru, inda mustahil kitani pun akan mempunyai jurulatih tempatan yang berkualiti, jadi persaingan sihat serta kemajuan bolasepak kitani akan berkembang maju.
Inda mustahil akan datang bolasepak akan menjadi kerjaya, akan adanya stadium-stadium, kumpulan penyokong, peluang pekerjaaan di suatu hari nanti. Pembangunan ani yang kitani mahukan, bukan saja untuk kelab, tapi untuk kemajuan Negara jua.
Walaupun nampak angan-angan yang mustahil, tapi permulaan pembangunan ani dari bawah. Sama macam bula, pembangunan dari akar umbi.
#bruneiyakin #bruneibula
📷: FABD & Borneo Bulletin
Comments
Post a Comment