Semua grassroot, akademi dan skim bolasepak mempunyai motif yang sama tentang tujuan penubuhannya, iaitu melahirkan dan melatih pemain cilik yang berbakat dan berkualiti untuk pembangunan bolasepak pasukan am dan Negara khasnya.
Ianya jua dapat mengharapkan pembangunan dan profesionalisme bolasepak tanah air, dengan lahirnya pemain yang berbakat bukan saja tentang teknik bola, tapi taktikal dan ilmu dalam bermain bola.
Inda di akui lagi, ramai jua pemain yang lahir dari grassroot, akademi dan skim bolasepak. Contoh mudah diambil ialah pemain dari kelahiran Sekolah Sukan, Projek Ikan Pusu, BSRC FC dan lain-lain kini sudah bermain di Liga Daerah, Liga Super dengan pasukan-pasukan yang ada, serta ada yang bermain dengan pasukan DPMM FC di Liga Singapura yang lalu.
Melatih dan mengajar dari kanak-kanak adalah waktu yang terbaik, sebab diakui sudah waktu cilik ani mereka cepat memahami sesuatu pelajaran. Apatah lagi kalau kanak-kanak atu menyukai main bola.
Bukan saja tentang ilmu bolasepak, tapi latihan dan pelajaran ani diterapkan semangat setia kawan, kerjasama, keyakinan diri. Boleh akui dari anak yang pendiam boleh jadi yang disebut, sebabnya dalam bermain bola memerlukan satu sama yang lain.
Banyak lagi kelebihan lain, mereka boleh berkongsi ilmu dengan rakan yang lain (inda mengikuti akademi dan skim). Dari sana tertariknya mereka akan bolasepak, sekaligus yang lain pun mengikutinya jua.
#bruneiyakin #bruneibula
Comments
Post a Comment